Iman berkait rapat dengan akhlak mulia. Akhlak mulia pula berkait rapat dgn amal. Amal juga berkait rapat dengan iman. Senang kata iman, berakhlak mulia dan amal sangat berkait rapat antara satu sama lain. Erti iman, akhlak mulia dan amal. Iman bermaksud percaya dan membenarkan. Seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota." Akhlak mulia pula bermaksud melakukan sesuatu perbuatan yang baik berpandukan Al-Quran dan sunnah. Ia juga memberi erti melakukan sesuatu yang baik secara spontan. Amal pula ertinya perbuatan atau tingkah laku menggunakan anggota badan. Apa hubungannya? Akhlak mulia adalah refleksi yang baik terhadap iman. Apabila sempurna iman seseorang itu, maka sempurnalah akhlaknya. Tinggi imannya, tinggilah akhlaknya. Sabda Rasulullah Saw.: ”Orang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya” (HR. al-Tirmidzî). Pernyataan Mahathm...
Tidaklah Allah menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Tumbuh-tumbuhan yang Allah ciptakan sesungguhnya memberi manfaat kepada manusia. Kini, minyak pati semulajadi semakin dikenali sebagai bahan terbaik untuk mempertingkatkan kualiti hidup manusia. Manusia semakin yakin dengan produk yang dihasilkan secara semulajadi.