Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Sesaat kita terleka...

Sejak belakangan ni banyak terpampang di skrin laptop berkenaan ideologi-ideologi yang pelbagai, yang terus menerus mencabar kesyumulan ISLAM itu sendiri. Kali ni terdetik untuk berbicara tentang isu lagu Jaclyn Victor 'Harapan Bangsa' yang mendapat perhatian dari seluruh genap masyarakat. Dipetik dari ISMAWEB :  BANGI – ISMA menyifatkan penyebaran klip video lagu ‘Harapan Bangsa’ nyanyian Jaclyn Victor secara terbuka sebagai satu provokasi yang tidak sepatutnya berlaku. Menurut Naib Presiden 2 ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni ketika ditemubual wartawan TV ISMA, pihak terbabit perlu berbalik kepada hasrat asal mereka yang ingin mensasarkan lagu tersebut hanya kepada golongan Kristian Sabah dan Sarawak dan tidak perlu disebarkan secara umum yang mampu menimbulkan kemarahan umat Islam.  Beliau berkata, pelbagai tafsiran timbul berikutan isu yang berlaku seperti apa motif sebenar penyebaran tersebut dan adakah pihak terbabit tidak mengetahui akan sensitiviti umat Islam ter...

Allah itu CANTIK

'Assignment' Allah

Minggu ni rasa penat. Tak pernah rasa penat macam ni. Selama buat course architecture ni, minggu ni lah paling teruk rasa. Dengan 4 submissions berturut-turut. Ditambah lagi dengan batuk+selsema yang tak berhenti-henti. Mungkin sebab badan tak cukup rehat. Sakit pun makin menjadi. Pelik. Bila memikirkan kembali. Malu pun ada. Baru sedar. Kita punya la bersungguh-sungguh. Berusaha menyiapkan assignment. Assignment yang lecturer bagi. Berdoa minta dipermudahkan. Moga cepat siap. Moga dapat result bagus.  Tapi.... Bila tiba masa 'assignment' Allah bagi. Banyak pula alasan. Banyak pula kerenah. Banyak pula merungut. Seboleh-bolehnya nak elak dari hadapinya. Berdoa moga dielakkan dari terima 'assignment' tu. ".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir." ( Yusuf :12)  Tak malu ke? Minta pada Dia yang memberi kita assignment. Cuba b...