Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Allah is the best planner~

Alhamdulillah, minggu ni dah masuk minggu ke 4 musim persekolahan semester ke-2. Kelas dah 4 kali berganti, assignment pula berkali-kali hantar. Macam ni la kehidupan pelajar Seni bina. mula je kelas dah dapat assignment. Bila cuti, rindu pula nak buat assignment. Untuk sem 2 ni, subjek-subjek yang dipelajari berlainan sedikit daripada semester-semester sebelumnya. Kali ni ketiga-tiga subjek ni link together dan 2 drpd 3 subjek ni ialah subjek sejarah ; Landscape Architecture Histories and Theories & Architecture Histories and Theories. Oh, lagi la ngantuk sem ni.... Rezeki bila lagi satu tu subjek Design Studio, main-main buat kolaj, model dan lain2. Nak dijadikan cerita bila dapat assignment for LAHT yg memerlukan kami sign up bila nk present. Ada 4 minggu kalau x silap. week 4 or 5 or 6 or 7. Jadinya saya decided to choose this week ; week 4 sebab tak nak tunggu lama2 nanti lagi stress bila tgk org lain dah present. Ini baru satu subjek. Bila pergi ke kelas ArcHT plak, rupa2ny...

Rinduku padanya...

Ramadhan telah tiba malah sudah pun berlalu 7 hari berpuasa. Tahun ini, tahun kedua ku menyambut Ramadhan di Adelaide dan semestinya tahun kedua ini juga berbeza pengalamannya dari tahun pertama. Di sini ku mengenal erti Ramadhan yg bukan dengan hanya menahan lapar dan dahaga.Konsepnya amat luas, amat mendalam bagi mereka yang mengerti. Jika dulu, diri ini begitu gembira dgn kehadiran Syawal berbanding Ramadhan. Kini, diri ini lebih merasakan kemeriahan Ramadhan itu sendiri. Alhamdulillah. syukur kepada Allah kerana masih memberiku kesempatan dalam merasai kemanisan bulan yang penuh berkat ini. Ketika menunaikan solat tarawih di Khalil Mosque, diri ini merasa sayu dengan bacaan imam walaupun tidak memahaminya walau sepatah perkataan. Suaranya mengingatkan ku kepada imam2 di Makkah. "Mok wak gapo dio tu dok tido lagi nih. Pukul 2 pagi doh nih.." "Meh la Jihaaa, teman mok, mok tgh tengok solat terawih kt Makkah ni.. sedak wei suara imam ni.." Begitulah rutin harian...