Langkau ke kandungan utama

Rinduku padanya...

Ramadhan telah tiba malah sudah pun berlalu 7 hari berpuasa. Tahun ini, tahun kedua ku menyambut Ramadhan di Adelaide dan semestinya tahun kedua ini juga berbeza pengalamannya dari tahun pertama. Di sini ku mengenal erti Ramadhan yg bukan dengan hanya menahan lapar dan dahaga.Konsepnya amat luas, amat mendalam bagi mereka yang mengerti. Jika dulu, diri ini begitu gembira dgn kehadiran Syawal berbanding Ramadhan. Kini, diri ini lebih merasakan kemeriahan Ramadhan itu sendiri. Alhamdulillah. syukur kepada Allah kerana masih memberiku kesempatan dalam merasai kemanisan bulan yang penuh berkat ini.

Ketika menunaikan solat tarawih di Khalil Mosque, diri ini merasa sayu dengan bacaan imam walaupun tidak memahaminya walau sepatah perkataan. Suaranya mengingatkan ku kepada imam2 di Makkah.

"Mok wak gapo dio tu dok tido lagi nih. Pukul 2 pagi doh nih.."
"Meh la Jihaaa, teman mok, mok tgh tengok solat terawih kt Makkah ni.. sedak wei suara imam ni.."

Begitulah rutin harian nenek ku setiap kali menjelang Ramadhan, menonton solat tarawih di Masjidilharam melalui TV1. Kadang2 tu kalau larat, ku join sekali, kalau tak tidolah kat depan tv tu.

Itu dulu... beberapa tahun yang lalu, sewaktu diri ini masih berpeluang pulang ke kampung pada bulan Ramadhan.

Kini, pada Ramadhan tahun ini,
tiada lagi kelihatan insan yang duduk di hadapan tv, menonton solat tarawih di TV1...
tiada lagi kedengaran suara imam Masjidilharam di rumah itu, rumah yang amat kurindui, kampungku di Merchang...

kerana..
perginya insan yang amat ku sayangi.. perginya dia menghadap Ilahi..

Sungguh,
tiada kuasa yang lebih hebat dari kuasaNya..
Tiada pemilik yang lebih agung dariNya..
DariNya dia datang dan kepadaNyalah dia kembali..

Perginya dia tatkala cucunya ini leka bermain salji,
Perginya dia tatkala cucunya ini jauh dari pandangannya,
Perginya dia pada 8 Julai 2011, hari Jumaat, hari yang penuh keberkatan.

Aku redha,
Aku pasrah,
Inilah waktunya,
Waktu diriku diuji,
Allah tidak akan menguji hambanya tatkala diri ini tidak mampu menghadapinya..


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286).

Allah knows the best.

“ ujian itu tanda kasih sayang ALLAH pada hambaNYa”

Ya, mati itu pasti dan janji Allah itu benar.

"Mok, semoga kita berjumpa di syurga ye mok, insya Allah.
Jihah akan sentiasa doakan mok."

semoga Allah merahmati dan memberkati rohnya.
semoga arwah ditempatkan dalam golongan mereka yg beriman.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

my 20th birthday. unforgettable memory

19 nov - celebrating my birthday! pengalaman yang pastinya takkan dilupakan.. bukan semua orang blh dapat pengalaman ni.. alkisahnya, pagi 19 nov tu kena pergi Hospital Kulai untuk buat follow check up for my dislocated elbow *yg berlaku kt Adelaide-bas tiba-tiba break* . Alhamdulillah, ada kenalan mak kt hosp tu so x payah la nak tunggu lama. Tiba kat bahagian x-ray, saya pun masuk ler ke bilik x-ray. Ada dua orang abang yg bertugas time tuh. Dia pun suruh saya letak tangan dan belek2 kertas x-ray. Kemudian dia kata, "19 nov?birthday awak hari ni?selamat hari jadi..dah dapat hadiah ape je hari ni?hadiah x-ray?kesiannya awak..nak abang nyanyikan lagu untuk awak ker?lagu melayu ke english?" walaupun bagi orang lain mungkin situasi ni x memberi ape2 kesan tp bg saya, saya sgt appreciate jika ada orang *especially org yg baru dikenali* wish birthday saya. X perlu hadiah pun. cukup dgn ucapan yg ikhlas. Niat yang ikhlas lebih ikhlas dari kata-kata yang jujur *tp x ...

Fakta tidur.

Salam alaik, setelah bercakap tentang pengalaman sendiri perihal tidur ni, saya nak share pula fakta tentang tidur yang sihat. Penulisan kali ini dipetik dari website http://www.fikrahislam.com/kesihatan/tidur-yang-sihat/. Sangat menarik kerana perkongsian ini lebih menyentuh aspek kesihatan dan saintifik. Semoga ianya bermanfaat kepada semua. Sama saja (bagi Allah), siapa di antaramu yang merahsiakan ucapannya dan siapa yang berterus terang dengannya ; dan siapa yang bersembunyi pada malam hari dan yang berjalan pada siang hari.” (al-Ra’d : 10) “Dan Dialah yang menidurkan kamu pada malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari.” (al-An’am : 60) “Dan kami menjadikan tidurmu untuk istirehat. Dan kami menjadikan malam sebagai pakaian”. (an-Naba’ : 9-10) Assalamualaikum kepada semua pembaca… Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan lagi untuk meneruskan topik kesihatan. Kali ini saya akan menceritakan mengenai tidur. 3 ayat-ayat al-Quran di atas berkenaan tent...

Allah maha mengetahui.

Allah. Allah. Allah. ya Allah, hari ini hambaMu diuji lagi. apa yang harus ku jawab ya Allah. ilmu ku tentang agamaMu amatlah sedikit dibandingkan dgn pengetahuanMu. akulah insan yang lemah. tidak berdaya membantu sahabatku yang seakan-akan rakus dgn persoalan agama. tetapi adakah tindakannya benar ya Allah. atau adakah aku yang bersalah kerana kurangnya pengetahuan ttg agamaMu ya Rabbi. perlukah aku membalasnya? bila aku membalasnya dikatakannya aku salah menafsir dirinya. bagaimana harus aku fahami diri manusia ini ya Allah. khilafnya diriku ini ya Allah. aku cuba sedaya upaya untuk memahamkannya. salahkah aku ya Allah? adakah aku terlalu mengambil serius hal-hal agama sehinggakan dia overestimate diriku. salahkah ape yang aku lakukan ini ya Allah? dah lama ku x rasa sedih begini ya Allah.. sudah sekian lama aku x rasa begini ya Allah. bagaimana harus ku tempuhi liku-liku perjalanan di Malaysia nanti ya Allah. Engkaulah yang maha mengetahui.