Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Tarbiyah si mujahid kecil

Umur tarbiyah ku baru setahun jagung sedangkan umur sebenar ku sudah pun mencecah 21 tahun. ruginya diri ini kerana menghabiskan masa 20 tahun menjadi hamba kepada duniawi. rasa kerdilnya diri ini di hadapan Allah s.w.t. layakkah aku untuk bertemu denganNya mahupun bertemu dengan Rasulullah s.a.w.. 20 tahun tanpa memahami tujuan utama hidup di dunia ini... sangat merugikan.. tidak mahu perkara sama berlaku pada adikku, Fahim Irsyad, sejak didalam kandungan lagi mama ku menerapkan ayat-ayat Al-Quran yang diperolehi menerusi buku 'Diari Hamil'. Diriku juga percaya anak kecil ini mampu mendengar segalanya dari dalam kandungan itu. Jadi, diriku juga cuba meletakkan earphone ke perut mama ku dengan yakinnya berharap Fahim akan mendengarnya. Jelas, setiap kali mama atau abah membaca Al-Quran, kami dapat merasakan yang Fahim diam sambil mendengar alunan ayat suci tersebut. Allah Maha Berkuasa. sejak dari dalam perut lagi Fahim telah ditarbiyah. Masha Allah.   kini Fahim sudah mencec...

Rahmat si anak kecil.

Buat pertama kali setelah 8 bulan berada di Australia saya menemui adik bongsu saya, Fahim Irsyad. Keluar dari arriving gate, saya menatap wajah Fahim dan terduduk sambil ketawa. Tidak percaya bahawa adik kecil yang didukung oleh mama itu adalah adik bongsu saya yang baru lahir bulan 3 tahun ni. Selepas salam mama dan abah, saya terus menciumnya dan cuba untuk meraih perhatiannya. Ramai orang tertanya-tanya sama ada Fahim menangis atau tak apabila melihat diri saya buat pertama kali. Jawapannya tak! Fahim kenal kakak dia yang dia selalu lihat through skype. Abang-abang Fahim yang jeles je akan cakap Fahim nangis. Sukanya hati ku ya Allah. Fahim langsung tak menangis malah dia tersenyum melihat saya dan yang kelakarnya dia tak berkelip-kelip merenung akaknya. Mungkin dia fikir "macam pernah je lihat muka kakak ni". Ye, Fahim. muka ni lah yang selalu kamu lihat kat skype sepanjang akakmu ini berada di Adelaide. Sepanjang berada di sisi keluarga ni, memang diakui, saya lebih ter...