Langkau ke kandungan utama

Rahmat si anak kecil.

Buat pertama kali setelah 8 bulan berada di Australia saya menemui adik bongsu saya, Fahim Irsyad. Keluar dari arriving gate, saya menatap wajah Fahim dan terduduk sambil ketawa. Tidak percaya bahawa adik kecil yang didukung oleh mama itu adalah adik bongsu saya yang baru lahir bulan 3 tahun ni. Selepas salam mama dan abah, saya terus menciumnya dan cuba untuk meraih perhatiannya. Ramai orang tertanya-tanya sama ada Fahim menangis atau tak apabila melihat diri saya buat pertama kali. Jawapannya tak! Fahim kenal kakak dia yang dia selalu lihat through skype. Abang-abang Fahim yang jeles je akan cakap Fahim nangis. Sukanya hati ku ya Allah. Fahim langsung tak menangis malah dia tersenyum melihat saya dan yang kelakarnya dia tak berkelip-kelip merenung akaknya. Mungkin dia fikir "macam pernah je lihat muka kakak ni". Ye, Fahim. muka ni lah yang selalu kamu lihat kat skype sepanjang akakmu ini berada di Adelaide. Sepanjang berada di sisi keluarga ni, memang diakui, saya lebih tertumpu dalam menjaga Fahim kerana ini sahajalah waktu yang saya ada sebelum pulang kembali sebagai pelajar sepenuh masa di Adelaide sana. Jadi, seboleh-bolehnya saya gunakan masa ini untuk belajar menghargai anak kecil ini dan cuba untuk menerapkan sunnah dan hadis tentang anak-anak kepada Fahim.




Rahmat dan kasih-sayang Allah juga dapat dimiliki melalui kasih-sayang yang kita berikan kepada anak kecil. Inilah sebahagian hadis dan sunnah Rasulullah berkaitan anak kecil.

1. Abu Hurairah berkata, bahawa Nabi mencium Hasan bin Ali di mana ketika itu terdapat di sampingnya Al-Aqra bin Habis At-Tamimi. Al-Aqra berkata: Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak ada seorang pun di antara mereka yang pernah kucium. Mendengarkan kata-katanya itu, Rasulullah memandangnya dengan rasa hairan lalu bersabda: Barang siapa yang tidak menyayangi dia tidak akan disayangi.

2. Satu rombongan orang Arab telah datang menemui Rasulullah. Mereka bertanya: Adakah kamu semua mencium anak-anak kamu?
Di antara mereka ada yang menjawab: Ya. Sebahagian daripada mereka menjawab, tetapi kami, demi Allah tidak pernah mencium mereka.
Mendengarkan kata-kata di antara mereka itu baginda Rasulullah bersabda: Adakah aku berupaya mencegah sekiranya Allah mencabut rahmat (kasih sayang-Nya) daripada kamu sekalian.

3. Dalam sebuah hadis daripada Anas dinyatakan bahawa Rasulullah pernah mengambil anaknya yang bernama, Ibrahim lalu menciumnya.

4. Menurut keterangan sebuah hadis lain, hadis daripada Al-Barra’ bin Azib ia menyatakan bahawa dia pernah bersama Saidina Abu Bakar pada mula-mula ia datang ke Madinah dan berkunjung ke rumah Aisyah. Didapati bahawa Saidatina Aisyah kelihatan terbaring kerana diserang demam panas. Ia melihat Saidina Abu Bakar datang mendekatinya dan berkata: Bagaimana keadaanmu wahai anakku, sambil mencium pipinya.

Sungguh, rahmat Allah ada pada si kecil yang padanya bersih suci dari dosa.

“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”
(HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Allah itu CANTIK

my 20th birthday. unforgettable memory

19 nov - celebrating my birthday! pengalaman yang pastinya takkan dilupakan.. bukan semua orang blh dapat pengalaman ni.. alkisahnya, pagi 19 nov tu kena pergi Hospital Kulai untuk buat follow check up for my dislocated elbow *yg berlaku kt Adelaide-bas tiba-tiba break* . Alhamdulillah, ada kenalan mak kt hosp tu so x payah la nak tunggu lama. Tiba kat bahagian x-ray, saya pun masuk ler ke bilik x-ray. Ada dua orang abang yg bertugas time tuh. Dia pun suruh saya letak tangan dan belek2 kertas x-ray. Kemudian dia kata, "19 nov?birthday awak hari ni?selamat hari jadi..dah dapat hadiah ape je hari ni?hadiah x-ray?kesiannya awak..nak abang nyanyikan lagu untuk awak ker?lagu melayu ke english?" walaupun bagi orang lain mungkin situasi ni x memberi ape2 kesan tp bg saya, saya sgt appreciate jika ada orang *especially org yg baru dikenali* wish birthday saya. X perlu hadiah pun. cukup dgn ucapan yg ikhlas. Niat yang ikhlas lebih ikhlas dari kata-kata yang jujur *tp x ...

'Assignment' Allah

Minggu ni rasa penat. Tak pernah rasa penat macam ni. Selama buat course architecture ni, minggu ni lah paling teruk rasa. Dengan 4 submissions berturut-turut. Ditambah lagi dengan batuk+selsema yang tak berhenti-henti. Mungkin sebab badan tak cukup rehat. Sakit pun makin menjadi. Pelik. Bila memikirkan kembali. Malu pun ada. Baru sedar. Kita punya la bersungguh-sungguh. Berusaha menyiapkan assignment. Assignment yang lecturer bagi. Berdoa minta dipermudahkan. Moga cepat siap. Moga dapat result bagus.  Tapi.... Bila tiba masa 'assignment' Allah bagi. Banyak pula alasan. Banyak pula kerenah. Banyak pula merungut. Seboleh-bolehnya nak elak dari hadapinya. Berdoa moga dielakkan dari terima 'assignment' tu. ".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir." ( Yusuf :12)  Tak malu ke? Minta pada Dia yang memberi kita assignment. Cuba b...