Langkau ke kandungan utama

Kenapa Jiha terjun dalam Bisnes Tasneem Naturel [PART 1]

 


Bermulanya bisnes Tasneem ni bila Umi Atiqah Azis pos dlm group BFF tanya siapa nk jadi agent tasneem. Time tu ntah nape mcm nak try plak. Pm la umi tiqah tanya pasal produk ni. Rupanya umi tiqah pernah mesej pada tasnem ni dulu tahun 2018 tp xperasan pun mesej tu. Jun 2020 bermulalah kisah jadi agent Tasneem. Biasanya yang menjadi agent ni ialah pengguna tasneem tu sendiri yg dah merasakan keserasian produk tu pada anaknya. Jadi, mcm mana saya blh setuju?

1. Sebab packaging dia sangat cantikkkk! mmg fall in love lah! Poster by Tasneem Naturel HQ pun cantik sangattt!

2. Sebelum tu mmg pernah usha Essential Oil sebagai ikhtiar utk pregnant tapi blm berkemampuan lagi. So bila umi tiqah bgtau tasneem ni pun produk Essential Oil saya pun mcm wahh nk try laaa.. Walaupun produk ni mostly untuk bayi (orang dewasa pun blh guna tau) dan saya pula belum diizinkan memiliki zuriat, saya anggap inilah opportunity saya utk start menggunakan produk bahan semula jadi. Dengan harapan in future Tasneem akan keluarkan pelbagai range of EO product utk orang dewasa pula. 😁

Bila mula dengan tiada knowledge ttg produk yg kita jual mmg susah nk start bisnes ni. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Rasa blur tu biasalah kan tapi berkat leader saya ni tak putus asa bimbing saya one to one, bermula dengan coaching one to one sewaktu walimah Wan Syafiqa, umi tiqah meyakinkan saya utk pegang stok. Cuba teka apa produk pertama saya cuba? Siapa dpt teka nak bg hadiah la.. ❤️

Tapi belum lg berjaya pecah tembok utk menjual. Malu yang amat. Suka bisnes tp tak nak promote. kelakar kan? Umi Tiqah tak putus asa lg follow up saya sampai satu tahap bila dpt first customer saya gembira sangat. waktu tu bulan September. Rasa nak cuba dan cuba lagi tapi sebab waktu siang busy dengan kerja arkitek, kadang memang xde masa pun nk promote. Kerja hakiki menuntut komitmen yg tinggi juga kan. Malam menuntut komitmen urusan-urusan NGO. Jadi memang kena pandai bahagikan masa. Ni pun masih lg belajar dan belajar utk manage.

Alhamdulillah. Hebatnya leader saya ni, atas usaha yang tak putus-putus dari umi tiqah merangkap BFF saya ni, hujung bulan Disember 2020 saya dh mula berkeyakinan untuk berusaha sehabis mungkin dalam bisnes. Walaupun masih banyak lagi yang perlu saya improve tp saya berbangga sebab dpt pecahkan satu tembok malu dlm diri saya untuk pos berkaitan bisnes di dalam social media!! Alhamdulillah.. Haaa tepukkk! 👏👏👏

Jazakallah to my zauji Khairul Amjat membenarkan zaujahnya buat bisnes Tasneem Naturel. Kalau suami tak redha, tak berkat usaha kita ni. Mama Noraine Mohamed pun sangat support anaknya. TQ mama ❤️

Panjang lg nk cite journey bisnes ni. Till we meet again!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

my 20th birthday. unforgettable memory

19 nov - celebrating my birthday! pengalaman yang pastinya takkan dilupakan.. bukan semua orang blh dapat pengalaman ni.. alkisahnya, pagi 19 nov tu kena pergi Hospital Kulai untuk buat follow check up for my dislocated elbow *yg berlaku kt Adelaide-bas tiba-tiba break* . Alhamdulillah, ada kenalan mak kt hosp tu so x payah la nak tunggu lama. Tiba kat bahagian x-ray, saya pun masuk ler ke bilik x-ray. Ada dua orang abang yg bertugas time tuh. Dia pun suruh saya letak tangan dan belek2 kertas x-ray. Kemudian dia kata, "19 nov?birthday awak hari ni?selamat hari jadi..dah dapat hadiah ape je hari ni?hadiah x-ray?kesiannya awak..nak abang nyanyikan lagu untuk awak ker?lagu melayu ke english?" walaupun bagi orang lain mungkin situasi ni x memberi ape2 kesan tp bg saya, saya sgt appreciate jika ada orang *especially org yg baru dikenali* wish birthday saya. X perlu hadiah pun. cukup dgn ucapan yg ikhlas. Niat yang ikhlas lebih ikhlas dari kata-kata yang jujur *tp x ...

Fakta tidur.

Salam alaik, setelah bercakap tentang pengalaman sendiri perihal tidur ni, saya nak share pula fakta tentang tidur yang sihat. Penulisan kali ini dipetik dari website http://www.fikrahislam.com/kesihatan/tidur-yang-sihat/. Sangat menarik kerana perkongsian ini lebih menyentuh aspek kesihatan dan saintifik. Semoga ianya bermanfaat kepada semua. Sama saja (bagi Allah), siapa di antaramu yang merahsiakan ucapannya dan siapa yang berterus terang dengannya ; dan siapa yang bersembunyi pada malam hari dan yang berjalan pada siang hari.” (al-Ra’d : 10) “Dan Dialah yang menidurkan kamu pada malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari.” (al-An’am : 60) “Dan kami menjadikan tidurmu untuk istirehat. Dan kami menjadikan malam sebagai pakaian”. (an-Naba’ : 9-10) Assalamualaikum kepada semua pembaca… Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan lagi untuk meneruskan topik kesihatan. Kali ini saya akan menceritakan mengenai tidur. 3 ayat-ayat al-Quran di atas berkenaan tent...

Allah maha mengetahui.

Allah. Allah. Allah. ya Allah, hari ini hambaMu diuji lagi. apa yang harus ku jawab ya Allah. ilmu ku tentang agamaMu amatlah sedikit dibandingkan dgn pengetahuanMu. akulah insan yang lemah. tidak berdaya membantu sahabatku yang seakan-akan rakus dgn persoalan agama. tetapi adakah tindakannya benar ya Allah. atau adakah aku yang bersalah kerana kurangnya pengetahuan ttg agamaMu ya Rabbi. perlukah aku membalasnya? bila aku membalasnya dikatakannya aku salah menafsir dirinya. bagaimana harus aku fahami diri manusia ini ya Allah. khilafnya diriku ini ya Allah. aku cuba sedaya upaya untuk memahamkannya. salahkah aku ya Allah? adakah aku terlalu mengambil serius hal-hal agama sehinggakan dia overestimate diriku. salahkah ape yang aku lakukan ini ya Allah? dah lama ku x rasa sedih begini ya Allah.. sudah sekian lama aku x rasa begini ya Allah. bagaimana harus ku tempuhi liku-liku perjalanan di Malaysia nanti ya Allah. Engkaulah yang maha mengetahui.