Langkau ke kandungan utama

WASIAT IMAM SYAFIE

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

1. HAK KEPADA DIRI
mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3. HAK KEPADA KUBUR
membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4.  HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8. HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. HAK KEPADA NABI S.A.W
berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10. HAK KEPADA ALLAH SWT
mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Diam lebih baik dari berkata-kata

"DIAM LEBIH BAIK DARI BERKATA-KATA" benarkah begitu? di mana kesahihannya? apakah penafsirannya sesuai dgn situasi semasa? kata-kata ini sungguh memberi banyak penafsiran. situasi 1 : mengumpat, berkata-kata hal yg tiada faedahnya sangat perlu untuk berdiam diri kan? kalau berkata-kata kita pula yang dapat dosa atas bersubahat. situasi 2 : menegakkan kebenaran perlu ke kita berdiam diri sedangkan kita mengetahui kebenarannya? kalau diam sahaja kita juga dikira bersuhabat kerana tidak menyatakan kebenaran. situasi 3 : bersoal balas dgn orang yang ingin menambah pengetahuan. sangatlah perlu untuk kita berkata-kata. kalau berdiam diri seolah-olah kita tak mahu share ilmu yg kita ada. amalkan hadith Rasulullah SAW:"sampaikan kepadaku walau sepotong ayat". situasi 4 : bersoal balas dengan orang yang ingin menimbulkan keraguan. macam mana ni ye? perlu ke kita berkata-kata? kalau berkata-kata, mcm-mcm dia tanya sehinggakan kita pun x mampu nak jawab dan mungkin akan rosak ...

my 20th birthday. unforgettable memory

19 nov - celebrating my birthday! pengalaman yang pastinya takkan dilupakan.. bukan semua orang blh dapat pengalaman ni.. alkisahnya, pagi 19 nov tu kena pergi Hospital Kulai untuk buat follow check up for my dislocated elbow *yg berlaku kt Adelaide-bas tiba-tiba break* . Alhamdulillah, ada kenalan mak kt hosp tu so x payah la nak tunggu lama. Tiba kat bahagian x-ray, saya pun masuk ler ke bilik x-ray. Ada dua orang abang yg bertugas time tuh. Dia pun suruh saya letak tangan dan belek2 kertas x-ray. Kemudian dia kata, "19 nov?birthday awak hari ni?selamat hari jadi..dah dapat hadiah ape je hari ni?hadiah x-ray?kesiannya awak..nak abang nyanyikan lagu untuk awak ker?lagu melayu ke english?" walaupun bagi orang lain mungkin situasi ni x memberi ape2 kesan tp bg saya, saya sgt appreciate jika ada orang *especially org yg baru dikenali* wish birthday saya. X perlu hadiah pun. cukup dgn ucapan yg ikhlas. Niat yang ikhlas lebih ikhlas dari kata-kata yang jujur *tp x ...

Rahmat si anak kecil.

Buat pertama kali setelah 8 bulan berada di Australia saya menemui adik bongsu saya, Fahim Irsyad. Keluar dari arriving gate, saya menatap wajah Fahim dan terduduk sambil ketawa. Tidak percaya bahawa adik kecil yang didukung oleh mama itu adalah adik bongsu saya yang baru lahir bulan 3 tahun ni. Selepas salam mama dan abah, saya terus menciumnya dan cuba untuk meraih perhatiannya. Ramai orang tertanya-tanya sama ada Fahim menangis atau tak apabila melihat diri saya buat pertama kali. Jawapannya tak! Fahim kenal kakak dia yang dia selalu lihat through skype. Abang-abang Fahim yang jeles je akan cakap Fahim nangis. Sukanya hati ku ya Allah. Fahim langsung tak menangis malah dia tersenyum melihat saya dan yang kelakarnya dia tak berkelip-kelip merenung akaknya. Mungkin dia fikir "macam pernah je lihat muka kakak ni". Ye, Fahim. muka ni lah yang selalu kamu lihat kat skype sepanjang akakmu ini berada di Adelaide. Sepanjang berada di sisi keluarga ni, memang diakui, saya lebih ter...