Langkau ke kandungan utama

Rahmat si anak kecil.

Buat pertama kali setelah 8 bulan berada di Australia saya menemui adik bongsu saya, Fahim Irsyad. Keluar dari arriving gate, saya menatap wajah Fahim dan terduduk sambil ketawa. Tidak percaya bahawa adik kecil yang didukung oleh mama itu adalah adik bongsu saya yang baru lahir bulan 3 tahun ni. Selepas salam mama dan abah, saya terus menciumnya dan cuba untuk meraih perhatiannya. Ramai orang tertanya-tanya sama ada Fahim menangis atau tak apabila melihat diri saya buat pertama kali. Jawapannya tak! Fahim kenal kakak dia yang dia selalu lihat through skype. Abang-abang Fahim yang jeles je akan cakap Fahim nangis. Sukanya hati ku ya Allah. Fahim langsung tak menangis malah dia tersenyum melihat saya dan yang kelakarnya dia tak berkelip-kelip merenung akaknya. Mungkin dia fikir "macam pernah je lihat muka kakak ni". Ye, Fahim. muka ni lah yang selalu kamu lihat kat skype sepanjang akakmu ini berada di Adelaide. Sepanjang berada di sisi keluarga ni, memang diakui, saya lebih tertumpu dalam menjaga Fahim kerana ini sahajalah waktu yang saya ada sebelum pulang kembali sebagai pelajar sepenuh masa di Adelaide sana. Jadi, seboleh-bolehnya saya gunakan masa ini untuk belajar menghargai anak kecil ini dan cuba untuk menerapkan sunnah dan hadis tentang anak-anak kepada Fahim.




Rahmat dan kasih-sayang Allah juga dapat dimiliki melalui kasih-sayang yang kita berikan kepada anak kecil. Inilah sebahagian hadis dan sunnah Rasulullah berkaitan anak kecil.

1. Abu Hurairah berkata, bahawa Nabi mencium Hasan bin Ali di mana ketika itu terdapat di sampingnya Al-Aqra bin Habis At-Tamimi. Al-Aqra berkata: Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak ada seorang pun di antara mereka yang pernah kucium. Mendengarkan kata-katanya itu, Rasulullah memandangnya dengan rasa hairan lalu bersabda: Barang siapa yang tidak menyayangi dia tidak akan disayangi.

2. Satu rombongan orang Arab telah datang menemui Rasulullah. Mereka bertanya: Adakah kamu semua mencium anak-anak kamu?
Di antara mereka ada yang menjawab: Ya. Sebahagian daripada mereka menjawab, tetapi kami, demi Allah tidak pernah mencium mereka.
Mendengarkan kata-kata di antara mereka itu baginda Rasulullah bersabda: Adakah aku berupaya mencegah sekiranya Allah mencabut rahmat (kasih sayang-Nya) daripada kamu sekalian.

3. Dalam sebuah hadis daripada Anas dinyatakan bahawa Rasulullah pernah mengambil anaknya yang bernama, Ibrahim lalu menciumnya.

4. Menurut keterangan sebuah hadis lain, hadis daripada Al-Barra’ bin Azib ia menyatakan bahawa dia pernah bersama Saidina Abu Bakar pada mula-mula ia datang ke Madinah dan berkunjung ke rumah Aisyah. Didapati bahawa Saidatina Aisyah kelihatan terbaring kerana diserang demam panas. Ia melihat Saidina Abu Bakar datang mendekatinya dan berkata: Bagaimana keadaanmu wahai anakku, sambil mencium pipinya.

Sungguh, rahmat Allah ada pada si kecil yang padanya bersih suci dari dosa.

“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”
(HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

my 20th birthday. unforgettable memory

19 nov - celebrating my birthday! pengalaman yang pastinya takkan dilupakan.. bukan semua orang blh dapat pengalaman ni.. alkisahnya, pagi 19 nov tu kena pergi Hospital Kulai untuk buat follow check up for my dislocated elbow *yg berlaku kt Adelaide-bas tiba-tiba break* . Alhamdulillah, ada kenalan mak kt hosp tu so x payah la nak tunggu lama. Tiba kat bahagian x-ray, saya pun masuk ler ke bilik x-ray. Ada dua orang abang yg bertugas time tuh. Dia pun suruh saya letak tangan dan belek2 kertas x-ray. Kemudian dia kata, "19 nov?birthday awak hari ni?selamat hari jadi..dah dapat hadiah ape je hari ni?hadiah x-ray?kesiannya awak..nak abang nyanyikan lagu untuk awak ker?lagu melayu ke english?" walaupun bagi orang lain mungkin situasi ni x memberi ape2 kesan tp bg saya, saya sgt appreciate jika ada orang *especially org yg baru dikenali* wish birthday saya. X perlu hadiah pun. cukup dgn ucapan yg ikhlas. Niat yang ikhlas lebih ikhlas dari kata-kata yang jujur *tp x ...

Allah is the best planner~

Alhamdulillah, minggu ni dah masuk minggu ke 4 musim persekolahan semester ke-2. Kelas dah 4 kali berganti, assignment pula berkali-kali hantar. Macam ni la kehidupan pelajar Seni bina. mula je kelas dah dapat assignment. Bila cuti, rindu pula nak buat assignment. Untuk sem 2 ni, subjek-subjek yang dipelajari berlainan sedikit daripada semester-semester sebelumnya. Kali ni ketiga-tiga subjek ni link together dan 2 drpd 3 subjek ni ialah subjek sejarah ; Landscape Architecture Histories and Theories & Architecture Histories and Theories. Oh, lagi la ngantuk sem ni.... Rezeki bila lagi satu tu subjek Design Studio, main-main buat kolaj, model dan lain2. Nak dijadikan cerita bila dapat assignment for LAHT yg memerlukan kami sign up bila nk present. Ada 4 minggu kalau x silap. week 4 or 5 or 6 or 7. Jadinya saya decided to choose this week ; week 4 sebab tak nak tunggu lama2 nanti lagi stress bila tgk org lain dah present. Ini baru satu subjek. Bila pergi ke kelas ArcHT plak, rupa2ny...

Tidur, itu fitrah manusia

Alhamdulillah! Bestnya perasaan setelah selesai hantar final submission for this sem and this year pada 9/11/2011. WAH! syukur alhamdulillah.. tersangatlaaa lega segala beban dah tiada. Cuma masa mula-mula submit tu macam tak ada perasaan bahagia sebab dah biasa sangat hantar assignment and then balik terus tido kepenatan sebab tak tidur semalaman. syukur Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk bernafas hari ni.. Tapi tiap kali tak tidur untuk siapkan assignment, otak mesti tak betul, kepala pening, badan sangatlah lenguh lagi-lagi kalau kerjanya buat model. Semua benda jadi tak kena. Kenapa ya? cuba fikir balik... kerana tak tidur malam tu sudah melanggar fitrah manusia. "Dan kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat, Dan Kami menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), Dan Kami menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki." (An-Naba’: 9 – 11). Dalam Al-Quran pun dah dinyatakan bahawa kita memerlukan waktu tidur ...