Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Tarbiyah si mujahid kecil

Umur tarbiyah ku baru setahun jagung sedangkan umur sebenar ku sudah pun mencecah 21 tahun. ruginya diri ini kerana menghabiskan masa 20 tahun menjadi hamba kepada duniawi. rasa kerdilnya diri ini di hadapan Allah s.w.t. layakkah aku untuk bertemu denganNya mahupun bertemu dengan Rasulullah s.a.w.. 20 tahun tanpa memahami tujuan utama hidup di dunia ini... sangat merugikan.. tidak mahu perkara sama berlaku pada adikku, Fahim Irsyad, sejak didalam kandungan lagi mama ku menerapkan ayat-ayat Al-Quran yang diperolehi menerusi buku 'Diari Hamil'. Diriku juga percaya anak kecil ini mampu mendengar segalanya dari dalam kandungan itu. Jadi, diriku juga cuba meletakkan earphone ke perut mama ku dengan yakinnya berharap Fahim akan mendengarnya. Jelas, setiap kali mama atau abah membaca Al-Quran, kami dapat merasakan yang Fahim diam sambil mendengar alunan ayat suci tersebut. Allah Maha Berkuasa. sejak dari dalam perut lagi Fahim telah ditarbiyah. Masha Allah.   kini Fahim sudah mencec...

Rahmat si anak kecil.

Buat pertama kali setelah 8 bulan berada di Australia saya menemui adik bongsu saya, Fahim Irsyad. Keluar dari arriving gate, saya menatap wajah Fahim dan terduduk sambil ketawa. Tidak percaya bahawa adik kecil yang didukung oleh mama itu adalah adik bongsu saya yang baru lahir bulan 3 tahun ni. Selepas salam mama dan abah, saya terus menciumnya dan cuba untuk meraih perhatiannya. Ramai orang tertanya-tanya sama ada Fahim menangis atau tak apabila melihat diri saya buat pertama kali. Jawapannya tak! Fahim kenal kakak dia yang dia selalu lihat through skype. Abang-abang Fahim yang jeles je akan cakap Fahim nangis. Sukanya hati ku ya Allah. Fahim langsung tak menangis malah dia tersenyum melihat saya dan yang kelakarnya dia tak berkelip-kelip merenung akaknya. Mungkin dia fikir "macam pernah je lihat muka kakak ni". Ye, Fahim. muka ni lah yang selalu kamu lihat kat skype sepanjang akakmu ini berada di Adelaide. Sepanjang berada di sisi keluarga ni, memang diakui, saya lebih ter...

Fakta tidur.

Salam alaik, setelah bercakap tentang pengalaman sendiri perihal tidur ni, saya nak share pula fakta tentang tidur yang sihat. Penulisan kali ini dipetik dari website http://www.fikrahislam.com/kesihatan/tidur-yang-sihat/. Sangat menarik kerana perkongsian ini lebih menyentuh aspek kesihatan dan saintifik. Semoga ianya bermanfaat kepada semua. Sama saja (bagi Allah), siapa di antaramu yang merahsiakan ucapannya dan siapa yang berterus terang dengannya ; dan siapa yang bersembunyi pada malam hari dan yang berjalan pada siang hari.” (al-Ra’d : 10) “Dan Dialah yang menidurkan kamu pada malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari.” (al-An’am : 60) “Dan kami menjadikan tidurmu untuk istirehat. Dan kami menjadikan malam sebagai pakaian”. (an-Naba’ : 9-10) Assalamualaikum kepada semua pembaca… Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan lagi untuk meneruskan topik kesihatan. Kali ini saya akan menceritakan mengenai tidur. 3 ayat-ayat al-Quran di atas berkenaan tent...

Tidur, itu fitrah manusia

Alhamdulillah! Bestnya perasaan setelah selesai hantar final submission for this sem and this year pada 9/11/2011. WAH! syukur alhamdulillah.. tersangatlaaa lega segala beban dah tiada. Cuma masa mula-mula submit tu macam tak ada perasaan bahagia sebab dah biasa sangat hantar assignment and then balik terus tido kepenatan sebab tak tidur semalaman. syukur Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk bernafas hari ni.. Tapi tiap kali tak tidur untuk siapkan assignment, otak mesti tak betul, kepala pening, badan sangatlah lenguh lagi-lagi kalau kerjanya buat model. Semua benda jadi tak kena. Kenapa ya? cuba fikir balik... kerana tak tidur malam tu sudah melanggar fitrah manusia. "Dan kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat, Dan Kami menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), Dan Kami menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki." (An-Naba’: 9 – 11). Dalam Al-Quran pun dah dinyatakan bahawa kita memerlukan waktu tidur ...

Ar-Rahman

Allah is the best planner~

Alhamdulillah, minggu ni dah masuk minggu ke 4 musim persekolahan semester ke-2. Kelas dah 4 kali berganti, assignment pula berkali-kali hantar. Macam ni la kehidupan pelajar Seni bina. mula je kelas dah dapat assignment. Bila cuti, rindu pula nak buat assignment. Untuk sem 2 ni, subjek-subjek yang dipelajari berlainan sedikit daripada semester-semester sebelumnya. Kali ni ketiga-tiga subjek ni link together dan 2 drpd 3 subjek ni ialah subjek sejarah ; Landscape Architecture Histories and Theories & Architecture Histories and Theories. Oh, lagi la ngantuk sem ni.... Rezeki bila lagi satu tu subjek Design Studio, main-main buat kolaj, model dan lain2. Nak dijadikan cerita bila dapat assignment for LAHT yg memerlukan kami sign up bila nk present. Ada 4 minggu kalau x silap. week 4 or 5 or 6 or 7. Jadinya saya decided to choose this week ; week 4 sebab tak nak tunggu lama2 nanti lagi stress bila tgk org lain dah present. Ini baru satu subjek. Bila pergi ke kelas ArcHT plak, rupa2ny...

Rinduku padanya...

Ramadhan telah tiba malah sudah pun berlalu 7 hari berpuasa. Tahun ini, tahun kedua ku menyambut Ramadhan di Adelaide dan semestinya tahun kedua ini juga berbeza pengalamannya dari tahun pertama. Di sini ku mengenal erti Ramadhan yg bukan dengan hanya menahan lapar dan dahaga.Konsepnya amat luas, amat mendalam bagi mereka yang mengerti. Jika dulu, diri ini begitu gembira dgn kehadiran Syawal berbanding Ramadhan. Kini, diri ini lebih merasakan kemeriahan Ramadhan itu sendiri. Alhamdulillah. syukur kepada Allah kerana masih memberiku kesempatan dalam merasai kemanisan bulan yang penuh berkat ini. Ketika menunaikan solat tarawih di Khalil Mosque, diri ini merasa sayu dengan bacaan imam walaupun tidak memahaminya walau sepatah perkataan. Suaranya mengingatkan ku kepada imam2 di Makkah. "Mok wak gapo dio tu dok tido lagi nih. Pukul 2 pagi doh nih.." "Meh la Jihaaa, teman mok, mok tgh tengok solat terawih kt Makkah ni.. sedak wei suara imam ni.." Begitulah rutin harian...

Mencari cinta

Mencari Cinta Artist: Saujana Bertemu cinta teragung Di dalam sujudku asyik menyanjung Umpama pengembara di malam gelita Kandil cintaNya menerangi jiwa Sekian lama terbiar Dalam belantara hidup nan liar Di bukit ku tersepit di lembah terhina Hidup yang perit mengajarku mencari cinta Oh! Kusangka teguh Kiranya masih rapuh Kusangka mudah namun amat payah Kusedar semua pasti ada akhirnya Moga akhirku diselimut cinta Cinta agung-Nya Sekian lama diri terbiar kehidupan terabai Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi Cinta agung-Nya Sekian lama diri terbiar kehidupan terabai Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi

WASIAT IMAM SYAFIE

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.” 1. HAK KEPADA DIRI mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. 3. HAK KEPADA KUBUR membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. 4.  HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. 5. HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan. 6. HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu or...

Iman, Akhlak mulia dan Amal. apakah hubungan mereka?

Iman berkait rapat dengan akhlak mulia. Akhlak mulia pula berkait rapat dgn amal. Amal juga berkait rapat dengan iman. Senang kata iman, berakhlak mulia dan amal sangat berkait rapat antara satu sama lain. Erti iman, akhlak mulia dan amal. Iman bermaksud percaya dan membenarkan. Seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota." Akhlak mulia pula bermaksud melakukan sesuatu perbuatan yang baik berpandukan Al-Quran dan sunnah. Ia juga memberi erti melakukan sesuatu yang baik secara spontan. Amal pula ertinya perbuatan atau tingkah laku menggunakan anggota badan. Apa hubungannya? Akhlak mulia adalah refleksi yang baik terhadap iman. Apabila sempurna iman seseorang itu, maka sempurnalah akhlaknya. Tinggi imannya, tinggilah akhlaknya. Sabda Rasulullah Saw.: ”Orang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya” (HR. al-Tirmidzî). Pernyataan Mahathm...

Diam lebih baik dari berkata-kata

"DIAM LEBIH BAIK DARI BERKATA-KATA" benarkah begitu? di mana kesahihannya? apakah penafsirannya sesuai dgn situasi semasa? kata-kata ini sungguh memberi banyak penafsiran. situasi 1 : mengumpat, berkata-kata hal yg tiada faedahnya sangat perlu untuk berdiam diri kan? kalau berkata-kata kita pula yang dapat dosa atas bersubahat. situasi 2 : menegakkan kebenaran perlu ke kita berdiam diri sedangkan kita mengetahui kebenarannya? kalau diam sahaja kita juga dikira bersuhabat kerana tidak menyatakan kebenaran. situasi 3 : bersoal balas dgn orang yang ingin menambah pengetahuan. sangatlah perlu untuk kita berkata-kata. kalau berdiam diri seolah-olah kita tak mahu share ilmu yg kita ada. amalkan hadith Rasulullah SAW:"sampaikan kepadaku walau sepotong ayat". situasi 4 : bersoal balas dengan orang yang ingin menimbulkan keraguan. macam mana ni ye? perlu ke kita berkata-kata? kalau berkata-kata, mcm-mcm dia tanya sehinggakan kita pun x mampu nak jawab dan mungkin akan rosak ...

Allah maha mengetahui.

Allah. Allah. Allah. ya Allah, hari ini hambaMu diuji lagi. apa yang harus ku jawab ya Allah. ilmu ku tentang agamaMu amatlah sedikit dibandingkan dgn pengetahuanMu. akulah insan yang lemah. tidak berdaya membantu sahabatku yang seakan-akan rakus dgn persoalan agama. tetapi adakah tindakannya benar ya Allah. atau adakah aku yang bersalah kerana kurangnya pengetahuan ttg agamaMu ya Rabbi. perlukah aku membalasnya? bila aku membalasnya dikatakannya aku salah menafsir dirinya. bagaimana harus aku fahami diri manusia ini ya Allah. khilafnya diriku ini ya Allah. aku cuba sedaya upaya untuk memahamkannya. salahkah aku ya Allah? adakah aku terlalu mengambil serius hal-hal agama sehinggakan dia overestimate diriku. salahkah ape yang aku lakukan ini ya Allah? dah lama ku x rasa sedih begini ya Allah.. sudah sekian lama aku x rasa begini ya Allah. bagaimana harus ku tempuhi liku-liku perjalanan di Malaysia nanti ya Allah. Engkaulah yang maha mengetahui.

mazhab?

salam alaik. ya Allah, dah lama tak meletakkan jari-jemari di keyboard untuk menaip di laman sesawang www.blogger.com ini. maha suci Allah kerana masih lagi diberi nikmat untuk menaip di sini. aseef kerana x update pasal ceramah Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz kerana nota-nota ceramah tersebut tertinggal di Malaysia. Kalau cakap dari apa yang saya igt takut salah pula faktanya. Insya Allah, ada masa akan recap balik kata-kata ustaz tersebut. Ok. nak cerita kisah semalam (9/04/2011). Saya di'add' dalam group sek lama saya dan saya pun lihatlah post-post terdahulu. tiba di satu post ni, sangat banyak komen. macam menarik je. pelbagai soalan ditanya mengenai aqidah. bila baca komen yang terakhir sekali, timbul persoalan berkaitan mazhab. katanya, "kenapa mesti ade 4 mazhab yg muktabar kt dunia??cuba rungkaikan kt aku..Rasulullah sebarkan kt 1 dunia dgn hanya berbekalkan 1 je..kenapa mesti wujud fahaman2 yg berbeza??" agak terpana sebentar bila membaca soalan tersebut. tida...

pengalaman yang sukar diungkap dengan kata-kata

"Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sodaqoh. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya, dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat." (HR. Ar-Rabii’) Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. "Barangsiapa merintis jalan mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga." (HR. Muslim) "Duduk bersama para ulama adalah ibadah." (HR. Ad-Dailami) Syukur ya Allah kerana hingga ke hari ini aku masih bernyawa.. masih menghirup udara yakni nikmatmu yang paling besar manfaatnya.. ditakdirkan oleh-Mu kepadaku satu lagi pengalaman.. pengalaman yang sukar diungkap dengan hanya melalui kata-kata.. pengalaman berjumpa dengan alim ulama' yang bukan calang-calang orangnya.. Beliau ialah Al-Fahil Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz .. Ertinya...

my 20th birthday. unforgettable memory

19 nov - celebrating my birthday! pengalaman yang pastinya takkan dilupakan.. bukan semua orang blh dapat pengalaman ni.. alkisahnya, pagi 19 nov tu kena pergi Hospital Kulai untuk buat follow check up for my dislocated elbow *yg berlaku kt Adelaide-bas tiba-tiba break* . Alhamdulillah, ada kenalan mak kt hosp tu so x payah la nak tunggu lama. Tiba kat bahagian x-ray, saya pun masuk ler ke bilik x-ray. Ada dua orang abang yg bertugas time tuh. Dia pun suruh saya letak tangan dan belek2 kertas x-ray. Kemudian dia kata, "19 nov?birthday awak hari ni?selamat hari jadi..dah dapat hadiah ape je hari ni?hadiah x-ray?kesiannya awak..nak abang nyanyikan lagu untuk awak ker?lagu melayu ke english?" walaupun bagi orang lain mungkin situasi ni x memberi ape2 kesan tp bg saya, saya sgt appreciate jika ada orang *especially org yg baru dikenali* wish birthday saya. X perlu hadiah pun. cukup dgn ucapan yg ikhlas. Niat yang ikhlas lebih ikhlas dari kata-kata yang jujur *tp x ...

Jaulah Summer

Mari imbas kembali aktiviti-aktiviti yang dah dilakukan sepanjang cuti Summer di Malaysia! NOVEMBER 2010 14 : selamat pulang ke Malaysia! pengembaraan bermula!! .................................. duduk di rumah. spend time with family............................................. DISEMBER 2010 19 -27 : berangkat ke Brunei bersama-sama Anne dan Y. kami melawat Masjid Omar Ali Saifuddin, Yayasan Sultan Haji Hasanal Bolkiah, Kampung Air, Universiti Brunei Darussalam, Empire Hotel, Taman Peranginan Tasik, Masjid Jame' Asr Hasanil Bolkiah, pantai muara, Tapak Kota Batu 1, Makam Diraja Sultan Bolkiah, Pusat Dakwah Islamiah, Istana Nurul Iman *tengok dari luar je*, Taman Arca ( Sculpture Garden), Regalia (tempat simpan alat-alat kebesaran diraja) dan tak lupa juga pergi mengunjung ke rumah darat + air. Bahagian depan atas tanah, belakang dah atas air. Sangat nyaman especially dapat kenal kawan2 dari Brunei dan belajar loghat mereka. JANUARI 2011 11-16 : Jaulah Summer dan Jalinan Ukhuwwah ...

I'm back! REASON(s)??

Yes, I'm back! why? Feel bored... Follow my heart... Enough with Facebook.. Try something new? It's a special request from someone.. asking me to write a travelog.. Travelog about my journey throughout my Summer Break. Lantas terus memikirkan blog yang terkapai-kapai hanyut selama 2 tahun ni.. Baru ada kekuatan nak tulis semula.. Terima kasih kepadanya.. Penyumbang idea.. Pemberi semangat.. dialah KAK RAUDHAH ..